Tutorial Terbaik Untuk Fahami Bahasa Inggeris

Anda pasti akan rasa sukar sedikit untuk belajar dalam Bahasa inggeris terutamanya selepas alam persekolahan.

Tiada guru untuk beri tunjuk ajar
Tiada guru untuk ingatkan
Dan tiada guru untuk pandukan kita semula.

Sekali lagi selepas alam persekolahan.

Tapi dengan internet semuanya akan lebih mudah.

Dalam post ini kami akan kongsikan kepada anda antara tutorial Bahasa inggeris terbaik untuk anda jadikan panduan.
Tapi sebelum itu, kami akan kongsikan kepada anda apakah ciri ciri article atau pun perkongsian di internet yang betul betul akan membantu anda untuk belajar Bahasa dunia ini.

Pastikan anda jumpa perkara perkara di bawah.

1. Antara nasihat dan praktikal

Untuk mulakan pembelajaran anda, rata rata akan sama ada memberi anda nasihat atau semangat untuk belajar dan pengetahuan secara praktikal seperti contoh pembelajaran yang dilengkapkan dengan contoh. Sudah pasti, lebih baik anda cari article yang besertakan contoh berbanding dengan artikel yang lebih berupa nasihat. Walaupun article yang berupa nasihat penting juga. Tapi tak akan tandingi kualiti pengetahuan yang disampaikan oleh article yang mempunyai contoh.

2. Pembelajaran Berupa Video

Video adalah medium terbaik untuk kita belajar apa apa maklumat sekalipun. Penerangan bukan sahaja lebih cepat iaitu sebaik sahaja sesuatu masalah diterangkan. Malah ia juga lebih interaktif berbanding dengan penulisan article yang kemungkinan besar akan buatkan anda mengantuk dan akan lebih kurang tumpuan.

Diakhir post ini, kami kongsikan video terbaik untuk anda belajar Bahasa inggeris. Video ini adalah guru guru daripada United Kingdom sendiri yang cukup popular di youtube.

3. Follow up tutorial

Sudah pasti satu article tak cukup untuk anda belajar semuanya. Malah dalam apa apa topik sekali pun. Ia bukan sahaja memerlukan pengetahuan dan juga masa. Masa pun bukan sahaja masa yang anda luangkan untuk belajar, malah masa yang anda harus gunakan untuk memahami sesuatu masalah dengan lebih baik. Seperti juga Bahasa inggeris. Dengan masa juga anda akan belajar sesuatu ayat di kemudian hari.

Maksud di sini, article yang anda jadikan rujukan bukan sahaja hanya membantu untuk sesuatu perkara sahaja. Malah adalah lebih baik jika article tersebut mampu pandukan pembelajaran anda untuk peringkat seterusnya.

Seperti contoh, dalam Bahasa inggeris ada pelbagai aspek atau topik penting, seperti contoh vocabulary, grammar, spelling dan sebagainya. Untuk article yang baik, pasti ia akan membantu anda mengenali semua perkara ini sekali gus. Kebiasaannya anda perlu mengeluarkan modal sedikit kerana ada juga guru yang memperuntukan masa berjam jam untuk siapkan panduan supaya anda mudah belajar secara online, tanpa perlu menghadiri kelas contohnya.

Post Terbaik Dalam Bahasa Melayu

Berikut merupakan antara tutorial terbaik untuk anda dalam Bahasa melayu selain daripada tutorial oleh Omni sendiri.

Pertama – dari Nick Nashram

Tutorial ini kami pilih ia antara yang terbaik ialah kerana ia mempunyai 2 perkara yang kami maksudkan di atas. Dimana, ia ada nasihat dan juga contoh untuk pemahaman kita lebih baik dan cepat.
Contoh nasihat daripada Nick juga istimewa kerana ia menggunakan medium yang biasa kita hadapi.
Seperti contoh, berlatih di depan cermin, bercakap dengan kawan, dan sebagainya, Dan setiap post ini saudara Nick ada beri pencerahannya satu persatu.
Saudara Nick juga ada menyentuh perkara yang lebih detail seperti vocab dan juga tense yang kami pasti akan lebih memudahkan anda mempelajari asas pengetahuan ini.

Dan juga, beserta contoh.

Kedua – dari Azskel Isnirin

Article ini berikan beberapa contoh untuk anda lebih bersemangat dan mudah untuk belajar.
Begitu juga dengan beberapa contoh.
Tapi sususan article agak tidak kemas. Walau bagaimanapun, saudara Azskel masih lagi berusaha untuk buat article terbaik untuk kita semua.

Ketiga – Mohd Shubhi Abdul

Pendapat kami, penulisan dari Saudara Shubhi adalah yang terbaik kerana contoh yang diberikan adalah antara yang paling dekat dengan kita semua.
Penulisannya nya di blog juga kemas sekali gus memudahkan anda mengamatinya.

Keempat – Mera Hussain

Penulisan dari Saudari Mera juga agak baik kerana beliau ada review buku khas untuk pembelajaran kanak kanak.
Buku yang berbentuk pembelajara audio ini jarang jarang sekali di guna ramai sedangkan ia akan membuatkan kanak kanak akan rasa lebih mudah untuk belajar kerana ia seakan bermain.

Anda boleh luangkan masa di blog Mera untuk mengetahu lebih lanjut mengenai review boo elektronik ini.
Dan berikut merupakan antara entri entri lain yang anda patut singgah juga.

http://www.kisahsidairy.com/2016/01/fahami-bahasa-inggeris-dengan-mudah.html
http://blogfyna.com/tips-menjawab-ujian-lisan-bertutur-pt3-bahasa-inggeris/
http://www.arieon.my/main/2014/01/kepentingan-bahasa-inggeris/
http://www.kakgojes.com/2016/01/tips-belajar-bahasa-inggeris.html
http://notamengajarbelajar.blogspot.my/2015/03/3-cara-mudah-belajar-bahasa-inggeris.html
http://sipanjangkata.blogspot.my/2015/06/muet-exam-speak-vs-listen.html

Video Tutorial

Dan video tutorial yang kami maksudkan ialah daripada EngVid.com

EngVid ada lebih kurang 11 guru ( native ) yang akan memberi penerangan kepada secara video.
Setiap guru mempunyai cara penerangan ( style ) yang tersendiri.

Dan mengikut pengamatan kami selama beberapa bulan dan hampir puluhan video tutorial yang kami tonton.
Ada baiknya kalau anda mulakan pembelajaran anda daripada 3 guru utama yang kami pilih.
1. Rebecca
2. Jade
3. Ronnie

Rebecca guru yang agak senior, cara penerangan beliau agak lembut dan mudah di fahami begitu juga Jade.
Ronnie pula ada selitkan lawak jenaka semasa pembelajaran sesinya.

Belajar Bahasa Inggeris – Past Tense, Present Tense dan Future Tense

Nota Anda untuk Belajar Bahasa Inggeris Perbualan dengan Lebih Mudah

Antara perkara yang sukar untuk dikuasai dalam pemantapan bahasa Inggeris ialah masalah Grammar atau Tatabahasa.

Rata-rata, ramai rasakan agak sukar untuk memahami dan menguasai penggunaan grammar kerana ia agak mengelirukan. Terutamanya kanak kanak. Untuk kita dewasa ni, walaupun ada yang masih lagi tak jelas. Tapi kalau anda luangkan masa untuk baca article ini, anda pasti boleh faham serba sedikit.

Sebab pembelajaran kita lebih kepada mengingati apa yang telah belajar di masa lampau, berbanding dengan kanak kanak macam peringkat tahun 3 yang ‘dunia bahasa inggeris’ ini masih lagi baru buat mereka.

Begitu juga dengan faktor yang agak banyak untuk difahami dan diingati.

Selain itu, ia lebih mengelirukan apabila ada pula sesetengah perkataan bahasa Inggeris yang dikecualikan penggunaannya atas sebab istimewa yang memang dipraktikkan oleh mereka yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda.

Apabila sebut faktor bahasa ibunda, memang bahasa Melayu sangat berbeza berbanding dengan cara aplikasi ayat dalam bahasa Inggeris.

Pendek kata, bahasa Melayu tidak menggunakan struktur ayat bahasa Inggeris.

Perkara ini membuatkan pembelajaran lebih sukar kerana ia unik dan juga baharu.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang TIDAK MUNGKIN dipelajari, dengan keazaman dan melalui kesungguhan untuk mendapatkan ilmu, ia pasti akan dapat dikuasai juga.

Dalam kiriman ini, kami daripada OMNI telah membuat artikel yang pasti akan membantu anda memahami salah satu perkara yang paling penting dan biasa digunakan dalam penggunaan bahasa Inggeris, iaitu penggunaan Past, Present dan Future Tense.

Gambaran Keseluruhan Kesemua 12 Bentuk Tense.

Apakah yang dimaksudkan dengan tense?

Tense ialah penyokong kepada verb (kata kerja, perbuatan) dengan memberitahu bila ia berlaku dan apa tindakan yang berlaku.

Contohnya:

Ali is watching television.

Seperti ayat di atas, ia merupakan bentuk present tense, kerana ia menambahkan “ing” pada perkataan dasar kata kerja watch.

Maka, dengan bantuan penggunaan tense iaitu past, present, dan future tense ini kita tahu ia sedang berlaku sekarang.

Kita akan pergi lebih lanjut untuk contoh past dan future tense di bawah nanti.

Tetapi sebelum itu, sebenarnya 3 perkara utama past, present dan future tense adalah yang paling asas. Ada 12 kesemuanya seperti di bawah:

  1. simple past
  2. simple present
  3. simple future
  4. past continuous (atau progressive)
  5. present continuous
  6. future continuous
  7. past perfect
  8. present perfect
  9. future perfect
  10. past perfect continuous (atau progressive )
  11. present perfect continuous
  12. future perfect continuous

Seperti yang anda dapat lihat, terdapat 12 jenis tense.

Tetapi untuk pembelajaran dalam kiriman ini, kita hanya memberikan penegasan kepada 3 perkara utamanya sahaja.

Perbezaan Simple, Continuous, Perfect dan Present Continuous

Kalau hendak dihuraikan perbezaannya, ia sebenarnya menunjukkan sesuatu peristiwa itu berlaku pada waktu atau masa yang lebih khusus.

Contohnya kita ambil faktor Past Tense, iaitu peristiwa yang sudah lepas.

Yang juga punyai pecahan past continuous tense, past perfect tense dan past perfect continuous tense.

Secara asasnya, past tense memanglah perkara yang sudah berlaku, tetapi adakah ia berlaku semalamnya, ataupun adakah ia berlaku sepanjang malam?

Seperti yang anda lihat, terdapat perbezaan bukan antara “semalam” dengan “sepanjang malam”?

Maksudnya, maklumat anda akan disampaikan dengan lebih khusus jika menggunakan peringkat pembelajaran tense yang lebih detail untuk simple past, past continuous, past perfect dan terakhir past perfect continuous

Sekarang kita akan meneliti lebih lanjut mengenai 3 perkara utama yang kita ingin bincangkan tadi.

Past Tense – Peristiwa yang Sudah Berlaku

Kata kerja untuk past tense atau peristiwa yang sudah berlaku terbahagi kepada dua.

Iaitu, regular verb dan irregular verb.

Regular verb hanya perlu ditambah “ed” atau “d” sahaja jika sesuatu perkataan itu diakhiri dengan “e”, manakala irregular verb, anda perlu hafal perkataannya (kami akan memberikan contoh jadual untuk rujukan anda).

Contoh Regular Verb:

Last year I _____ (live) in Florida.

Untuk menentukan sama ada ruang kosong di atas ditulis dalam bentuk past, present atau future tense bergantung kepada ayat itu sendiri.

Seperti yang kita dapat lihat, di permulaan ayat itu terdapat perkataan “last year”, yang membawa maksud ia sudah berlalu, iaitu “tahun lepas”.

Selepas kita tahu ia merupakan ayat past tense dan live pula bukanlah irregular verb maka ayatnya akan berbentuk seperti di bawah:

Last year I lived in Florida.

Contoh kedua:

Yesterday I ______ (walk) to school.

Yesterday – menunjukkan ia sudah berlaku.

Walk – disebabkan ia ayat past tense, maka kita perlu menentukan sama ada ia regular verb atau irregular verb. Mengikut senarai irregular verb, walk merupakan regular verb. Maka ayatnya akan berbentuk seperti di bawah:

Yesterday I walked to school.

Nota Tambahan!

Untuk regular verb, asas utama ialah dengan menambah atau membentuk akhir perkataan kata kerja dengan “ed”.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah kes yang istimewa untuk difahami satu per satu di bawah:

  1. Kata kerja yang berakhir dengan huruf “y”

Untuk kata kerja yang berakhir dengan huruf “y”, anda buangkan “y” dan tambahkan “ied”.

try –> tried

carry –> carried

  1. Perkataan kata kerja yang hurufnya kedua terakhirnya ialah huruf vowel (huruf vokal, a,e,i,o,u)

Apabila anda lihat ada huruf vokal di kedudukan kedua terakhir dalam sebarang kata kerja, pastikan ia adalah antara huruf konsonan kerana anda perlu menambah konsonan terakhir “ed”.

Contohnya: stop

o – ialah huruf vokal.

Manakala ia terletak di antara dua huruf konsonan “t” dan “p”.

Maka past tense untuk stop ialah stopped (gandakan “p”).

plan –> planned

  1. Huruf terakhir kata kerja ialah “x”

Seperti perkataan fax, walaupun huruf vokal “a” di tengah-tengah konsonan “f” dan “x”. Kita tidak perlu menggandakan “x”, untuk menjadi faxxed (salah).

Maka hanya tambah “ed” seperti biasa, fax –> faxed

  1. Huruf kedua terakhir ialah huruf vokal tetapi akhir perkataan itu ialah “y”, maka anda tidak perlu menambah “ied” ataupun menggandakan “y”

Contohnya:

stay –> stayed

a – walaupun huruf kedua terakhir ialah “a” sebagai salah satu daripada 5 huruf vokal. Tetapi disebabkan ia diakhiri dengan “y”, maka hanya perlu menambah “ed” seperti yang ditunjukkan dalam contoh itu.

  1. Kata kerja yang berakhir dengan “c” pula anda tambahkan “ked”.

Contoh: panic –> panicked

Contoh Irregular Verb

Untuk kata kerja yang bersifat regular, seperti di atas, kita hanya perlu mengakhirinya dengan “ed”.

Tetapi untuk irregular verb, seperti yang kami nyatakan tadi, kita mesti merujuk jadual kerana ia memang sudah KHAS dipanggil begitu.

Sila rujuk jadual daripada English Page untuk contoh irregular verb.

Yang berikut ialah petikan skrin daripada English Page untuk contoh yang kita akan gunakan di bawah:

contoh tense

Untuk lebih mudah, kita cuba tukarkan ayat present tense, iaitu yang berlaku sekarang, kepada past tense.

I give my mother a present.        (present tense kerana ia berlaku sekarang)

Untuk menukarkannya kepada past tense, kita tidak boleh meletakkan “ed”, kerana ia tersenarai dalam irregular verb seperti yang anda lihat dalam jadual di atas dan akan bertukar menjadi gave, maka ayat past tense ialah:

I gave my mother a present.

Ada juga sesetengah irregular verb yang dikekalkan walaupun ia ayat past tense. Seperti contoh read di bawah yang juga kami ambil daripada English Page.

belajar bahasa inggeris tense

Selain read, perkataan lain yang biasa digunakan ialah put yang turut dikekalkan bentuknya.

Untuk contoh ‘put’, tiada di English Page, and boleh gunakan table dari Grammar Cl untuk rujukan.

Atau pun anda hanya gunakan kekunci “simple past tense irregular verbs table” untuk carian di Google.

Perhatikan petikan skrin daripada English Page itu dalam lajur Past Participle.

Untuk penerangan di artikel ini, kita tidak akan menyentuh past participle kerana ia digunakan untuk pecahan past tense yang lebih khusus tadi, iaitu present perfect tense.

Present Tense – Perkara yang Sedang Berlaku

Di atas tadi, kami ada menyatakan bahawa tense mempunyai unsur yang lebih khusus.

Contohnya untuk present tense, kita ada:

simple present tense

continuous present tense

present perfect tense

present perfect continuous tense

Untuk present tense, kita akan menyentuh simple dan continuous present tense kerana ia mempunyai kesinambungan yang jelas. Oleh itu, anda pasti akan tahu yang jika kita menambah “ing” ia membawa maksud present tense, iaitu yang sudah berlaku.

Yang sebenarnya penambahan “ing” merupakan unsur untuk continuous tense.

Perbezaan antara simple dan continuous present tense.

Simple Present tense

I speak.

You listen.

He films.

Continuous Present tense

I am speaking.

You are listening.

He is filming.

Seperti yang anda perhatikan, walaupun kedua-dua contoh di atas simple dan continuous ialah peristiwa yang sudah berlaku, tetapi kita boleh membezakannya dengan bentuk ayat itu sendiri. Seperti contoh, untuk continuous memang tiada masalah kerana ia memang berlaku sekarang dan hanya perlu menambahkan “ing” sahaja.

Tetapi untuk simple present tense, ayatnya akan lebih bersifat habit atau rutin. Atau perkara yang biasa (often) dilakukan.

Contohnya:

I speak English every day.

Contoh kedua:

I am wearing a black shirt at the moment.            (ini merupakan present continuous)

I always wear nice clothes to school.       (ini merupakan simple present kerana ia berlaku setiap hari)

Jika masih lagi keliru tidak mengapa, kerana objektif kita untuk hari ini pun hanya menyentuh perkara asas tentang past tense, present dan future tense.

Tetapi apa yang paling penting ialah bila anda perlu mengekalkan kata kerja yang asal atau menambah “s”? Seperti contoh simple present di atas iaitu:

I speak.

You listen.

He films.

Mudah sahaja, anda hanya perlu menetapkan dalam minda anda untuk hanya menambah “s” apabila subjek menggunakan He, She dan It.

Seterusnya untuk continuous.

I am speaking.

You are listening.

He is filming.

Ia mengandungi bantuan peraturan daripada verb to be.

Verb to be ialah penggunaan am, is, are untuk subjek.

I –> kita akan menggunakan am.

I am speaking.

He, She, It –>  oleh sebab ia hanya melibatkan seorang sahaja, maka kita gunakan is.

He is filming (is ialah bantuan sokongan daripada verb to be, manakala “ing” yang menunjukkan ia present tense iaitu sedang berlaku).

You, We, They –> ini melibatkan lebih daripada seorang, iaitu plural, maka kita menggunakan are.

You are listening.

Sebelum kita beralih kepada topik yang terakhir, iaitu future tense, kita teliti senario di bawah.

Ini perbezaan yang kami rasa paling jelas untuk anda fahami perbezaan antara simple present tense dan present continuous tense.

Katakan anda di dapur sedang menyediakan sandwic.

Ada seseorang yang datang ke dapur dan bertanya apakah yang anda sedang buat, seperti di bawah:

What are you doing?

Dengan soalan di atas, apakah jawapan yang lebih tepat untuk anda jawab?

Mestilah dengan menjawab dalam bentuk continuous present tense kerana anda sedang menyediakan sandwic.

I am making a sandwich (kita tambah “ing” untuk perkara yang sedang dilakukan, kita gunakan verb to be, iaitu am, kerana ia memang peraturan khas untuk subjek “I”).

Anda tidak boleh menjawab, I make a sandwich, kerana jawapannya lebih bersifat yang biasa anda lakukan atau seperti yang kita katakan tadi bersifat rutin.

Future tense

Untuk future tense, ia lebih mudah berbanding dengan present dan past tense.

Kerana ia hanya melibatkan will dan going to.

Cara untuk menggunakannya dalam ayat juga lebih mudah difahami.

Kita tahu yang future tense adalah untuk menunjukkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Contohnya:

I will eat durian.

She will eat banana.

Seperti di atas, untuk penggunaan will kita hanya perlukan gunakan sahaja dengan subjek.

Tetapi untuk going to anda perlukan menambah verb to be, iaitu am, is atau are seperti apa yang kita pelajari di atas tadi.

I                               – am (walaupun ia bersifat satu orang atau individu kita tetap menggunakan am).

He, She, It           – is (ini lebih bersifat untuk satu orang, maka kita gunakan is).

You, They, We   – are

Sekali lagi, untuk menggunakan going to bagi menunjukkan peristiwa, ayat anda berlaku pada masa yang akan datang haruslah menggunakan peraturan verb to be dengan betul.

Contohnya:

I am going to . . .

We are going to . . .

They are going to . . .

She is going to . . .

Bilakah masanya untuk menggunakan will ataupun going to?

Untuk menggunakan will kebiasaannya ia melibatkan perkara yang berlaku dengan cepat, ataupun tiada masa untuk anda berfikir panjang.

Contohnya:

Katakan telefon rumah anda berdering.

Tidak sesuai untuk menggunakan:

I am going to . . .

Kerana ia seperti melibatkan masa yang lebih panjang.

Maka . . .

I will take it . . . adalah lebih sesuai.

Itu sahaja untuk perkongsian kali ni.

Apakah yang kita telah pelajari?

Berikut ialah rumusan untuk kiriman artikel ini.

Past Tense, Present Tense dan Future Tense.

Past Tense

Past tense mempunyai kata kerja yang bersifat regular dan juga irregular.

Untuk regular kebiasaannya anda hanya perlu jadikan akhirannya “ed”.

Manakala untuk irregular, anda perlu merujuk jadual yang disediakan oleh English Page, sebagai contoh.

Present Tense

Untuk present tense pula anda hanya perlu menambahkan “ing” di hujung kata kerja.

Selain itu, jangan lupa untuk menambahkan “s” pada kata kerja yang subjeknya ialah He, She dan It.

Anda juga perlu mengingati konsep atau peraturan untuk verb to be.

Future Tense

Kami yakin anda rasakan future tense lebih mudah difahami.

Ia hanya melibatkan dua tambahan sahaja, iaitu will dan going to.

Perkataan will sudah boleh digunakan terus bersebelahan dengan subjek

Manakala going to, mestilah menggunakan verb to be yang betul.

Sekian, terima kasih.

Sila berikan pendapat dan permasalahan bahasa Inggeris anda supaya kami dapat membantu anda.

Rujukan Lain

Cara terbaik untuk belajar bahasa Inggeris online ialah menggunakan Youtube. Bukan sahaja penerangannya lebih mudah dijelas kan, kita yang belajar pun lebih mudah untuk faham.

Antara channel youtube yang terbaik ialah daripada EngVid, https://www.youtube.com/user/engvidenglish

Dan ini adalah websitenya : EngVid

Whatsapp Us