Dasar Privasi ini diterapkan dan digunakan oleh Omni-One Incorporated Sdn. Bhd. (yang berdagang sebagai Omni-Translation di Malaysia) (selepas ini akan dirujuk sebagai “kami”, “kita”, “kami”.) .

Mengenai Dasar Privasi Kami

Dasar Privasi ini akan menerangkan cara-cara pengurusan maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan. Sila teliti Dasar Privasi ini sebelum menggunakan laman web di http://www.omni-translation.com (“Laman Web” kami) atau sebelum anda mengemukakan sebarang maklumat peribadi anda kepada kami.

Dengan menggunakan laman web ini, anda menerima dan bersetuju dengan amalan-amalan penggunaan yang telah dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Dasar Privasi ini telah diterapkan, membentuk sebahagian daripada dan tertakluk kepada Terma dan Syarat laman web ini. Penggunaan laman web ini dan sebarang maklumat peribadi yang anda kemukakan di laman web ini tertakluk kepada kandungan Dasar Privasi ini dan mematuhi Terma dan Syarat. Khususnya, bagi penggunaan laman web ini, anda mesti mencapai umur dewasa. Dengan menggunakan laman web kami, anda perlu mengesahkan yang anda telah mencapai umur minimum yang telah ditetapkan.

Anda digalakkan untuk mengkaji dan meneliti semula Dasar Privasi ini setiap kali anda melawat dan menggunakan laman web ini bagi memastikan yang anda telah memahami bagaimana maklumat peribadi anda bakal digunakan.

Pengumpulan Maklumat Peribadi Anda

Kami dan/atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami mungkin mengumpul maklumat peribadi anda:

  1. secara langsung daripada anda,
  2. apabila anda mendaftar sebagai ahli laman web;
  3. di mana anda mengakses dan berinteraksi dengan laman web; atau
  4. melalui sumber-sumber yang lain.

Jenis maklumat yang dikumpul mungkin merangkumi maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti (seperti nama anda, nombor kad pengenalan/ passport atau nombor pengenalan diri yang lain, pos atau alamat emel dan nombor telefon) dan juga pilihan kandungan maklumat peribadi yang dirasakan perlu.
Mengenai Penggunaan ‘Cookies’

‘Cookie’ merupakan sebahagian kecil teks yang telah disesuaikan dalam memori komputer dan kemudiannya boleh diambil semula oleh server laman web. Kami menggunakan ‘cookies’ bagi meningkatkan lagi pengalaman interaksi dan kemudahan anda, dan tidak menggunakan ‘cookies’ bagi merekod sebarang maklumat peribadi anda.

‘Cookies’ boleh merekod maklumat tentang lawatan anda ke laman web kami, termasuklah jenis pelayar dan sistem operasi yang anda gunakan, laman sebelumnya yang anda lawati, alamat IP server anda, halaman-halaman yang anda akses dan informasi yang dimuat turun. Data dan statistik tanpa nama ini boleh digunakan sebagai agregat dan digunakan dalam analisa statistik yang lebih luas oleh kami dan pembekal perkhidmatan pemantauan laman web kami untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kami, secara peribadinya kami tidak dapat/ tidak akan mengenal pasti anda sebagai sumber data itu.

Penggunaan dan Pendedahan Maklumat Peribadi

Anda mengakui dan bersetuju bahawa dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, kami boleh menggunakan serta mendedahkan maklumat peribadi anda bagi tujuan ianya dikumpulkan atau sebarang tujuan yang berkaitan atau sampingan seperti:

  1. untuk menyambut atau menjawab permintaan anda;
  2. kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami bagi membantu kami dalam menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan kami kepada anda, dan untuk menganalisa dan lebih memahami keperluan para pelanggan kami atau untuk membangunkan, meningkatkan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kami kepada anda;
  3. untuk pelaporan kawal selia dan pematuhan berdasarkan undang-undang guaman;
  4. untuk pelbagai badan kawal selia dan pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang dan agensi-agensi bagi perlindungan terhadap kes penipuan dan untuk tujuan keselamatan yang berkaitan;
  5. kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami untuk dimasukkan ke dalam pangkalan data yang dikumpulkan oleh kami atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami untuk digunakan dalam pemasaran langsung bagi tujuan promosi, produk dan perkhidmatan kami yang mana ia dapat memberi kepentingan kepada anda;
  6. untuk mendapatkan maklum balas anda mengenai taraf kepuasan pelanggan dan memahami perhubungan kami dengan anda;
  7. kepada pemegang lesen dan syarikat-syarikat yang berkaitan untuk kegunaan perakaunan dalaman dan kegunaan pentadbiran;
  8. bagi memantau atau meningkatkan kualiti dan perkhidmatan yang telah disediakan kepada anda di laman web;
  9. untuk pengganti dan/ atau penerima serah hak kami;
  10. untuk menyediakan tawaran yang mungkin menarik minat anda;
  11. untuk lebih memahami mengenai pilihan anda.

Pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami merangkumi organisasi yang boleh membantu kami dalam usaha penyelidikan, sistem pos dan penghantaran, keselamatan, khidmat nasihat profesional, perbankan, proses pembayaran atau perkhidmatan teknologi. Di mana kami melibatkan pembekal perkhidmatan pihak ketiga bagi melaksanakan perkhidmatan untuk kami, pihak ketiga mungkin diperlukan untuk mengendali maklumat peribadi anda. Dalam keadaan ini, pihak ketiga yang kami gunakan mesti melindungi maklumat ini dan hanya boleh menggunakan untuk tujuan yang ianya dibekalkan, kerana kepastian tugas ini bukan merupakan tanggungjawab kami.

Selain daripada apa yang dinyatakan, kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda tanpa kebenaran anda melainkan pendedahan ini adalah untuk keperluan bagi mengelakkan ancaman nyawa atau kesihatan, yang diberi kuasa atau dikehendaki oleh sesi undang-undang, yang sepatutnya diperlukan untuk penguatkuasaan undang-undang atau diperlukan untuk menyiasat kegiatan haram yang disyaki.

Sebarang pengendalian maklumat peribadi yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang akan diutamakan daripada Dasar Privasi ini kecuali butiran yang tidak konsisten.

Membekalkan Maklumat Peribadi Mengenai Pihak Lain

Ketika anda memberi dan membekalkan maklumat peribadi pihak lain kepada kami, anda mewakili persefahaman antara kami bahawa anda diberi kuasa untuk memberikan maklumat itu kepada kami, dan anda akan memaklumkan pihak itu mengenai kami dan bagaimana kami mengurus, menggunakan dan mendedahkan maklumat yang dikumpulkan, dan bagaimana mereka boleh akses maklumat itu.

Menjamin Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

Bagi melindungi, menjamin dan mempertahankan maklumat peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahan atau pemusnahan, kami telah menjalankan pengurusan keselamatan yang sesuai secara fizikal, elektronik dan sebarang prosedur yang setimpalnya. Akses kepada maklumat peribadi anda adalah terhad kepada mereka yang secara khususnya memerlukannya bagi menjalankan tanggungjawab mereka.

Kami, dan juga pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami mengambil langkah-langkah yang setimpalnya bagi memusnahkan atau membuang maklumat peribadi anda di mana ianya tidak diperlukan lagi bagi melindungi maklumat peribadi anda daripada sebarang akses yang tidak dibenarkan, pendedahan, kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahan.

Kejituan dan Akses Maklumat Peribadi

Kami mengambil langkah-langkah yang setimpalnya bagi memastikan maklumat yang kami kumpulkan tentang anda itu tepat, lengkap dan terkini. Bagi membantu kami dalam usaha ini, kami memohon agar anda membekalkan maklumat yang betul dan memaklumkan kami sekiranya ada sebarang pertukaran. Anda boleh menghubungi kami bagi mengemaskini maklumat anda.

Laman Web Yang Berkaitan

Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web yang dimiliki atau dikendalikan oleh pihak lain. Anda perlu membuat pertanyaan tersendiri bagi memahami dasar-dasar privasi pihak yang lain ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas maklumat, atau amalan privasi oleh laman web tersebut.

Transmisi/ Penghantaran Data Anda

Secara umumnya, kami mengambil langkah-langkah keselamatan bagi melindungi maklumat peribadi anda di laman web ini, namun tiada transmisi atau penghantaran data melalui Internet boleh dijamin selamat. Justeru, kami tidak dapat menjamin, atau memastikan keselamatan sebarang maklumat yang anda hantarkan kepada kami, atau diterima daripada kami. Khususnya terhadap maklumat yang anda hantar kepada kami melalui emel kerana kami tidak mempunyai cara bagi melindungi maklumat itu sehingga ianya sampai kepada kami.

Pindaan Dasar

Kami mungkin perlu mengkaji dan menyemak semula Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Pihak kami berhak untuk membuat pindaan atas dasar-dasar privasi ini pada bila-bila masa sahaja. Sebarang pindaan, pertukaran atau penggantian Dasar Privasi ini akan dimaklumkan dan dipaparkan di laman web kami.

Pemasaran Langsung

Anda bersetuju dan membenarkan bahawa maklumat peribadi anda akan dimasukkan ke dalam pangkalan data kami bagi tujuan pemasaran langsung oleh kami atau entiti-entiti yang berkaitan atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami. Sekiranya anda tidak ingin menerima sebarang bahan permasaran daripada kami, anda boleh menghubungi pihak kami bagi menghentikan langganan ini. Semua emel, SMS dan surat berita daripada laman web ini memberi anda pilihan bagi menghentikan langganan yang selanjutnya dengan menekan “Berhenti Melanggan” atau “Unsubscribe” di pautan.

Tafsiran

Kesemua terma yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini mempunyai maksud yang sama dalam Dasar Privasi ini seperti yang diberikan kepada istilah-istilah yang tercatat dalam Terma dan Syarat laman web ini.

Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia ke atas Dasar ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunakan.

Dasar Privasi dalam English