Affordable Lao translation services by native Lao translators dengan lebih 15 tahun pengalaman.
Saya perlukan terjemahan Sijil Lahir saya dengan segera dan Sharon berjaya penuhi permintaan saya! Bayaran dikenakan juga sangat kompetitif, saya sangat syorkan!
Sijil Lahir | Singapura
Mereka memberi respons sebaik sahaja menerima permintaan sebut harga daripada saya melalui laman web mereka (walaupun di luar masa berniaga mereka!). Mereka memahami permintaan saya dan membantu menyediakan terjemahan dan perakuan oleh notari dengan cekap dan cepat sekali!
Sijil Lahir | Singapura
Sukar dipercayai! Sangat berpuas hati dengan respons dan hasil yang cepat. Dari pertama kali berhubung hinggalah mendapat terjemahan, semuanya hanya dalam tempoh 24 jam. Paling saya kagumi, perbualan telefon penuh mesra yang tak pernah saya alami. Saya amat syorkan Omni.
SPM Certificate | Singapura
Saya ingin berikan penghargaan tertinggi kepada Sharon yang sangat mesra melayan setiap permintaan saya, malah sudi menerima permintaan pada saat-saat akhir! Terjemahan sangat tepat dan pantas. Terima kasih Omni-One, dan terima kasih, Sharon!
Sijil Lahir | Kanada
Perkhidmatan sangat profesional, kakitangan yang baik hati dan mesra. Saya hanya meminta satu terjemahan tetapi mereka memberi dua set kertas terjemahan asal dengan setem fizikal. Saya pasti tidak akan gunakan penyedia terjemahan lain selepas ini.
Transkrip Akademik | UK
Sharon menguruskan pesanan terjemahan saya dengan cekap dan baik sekali. Saya berikan dokumen-dokumen dengan notis singkat, namun berjaya mendapatkan terjemahannya pada keesokan hari sebelum pukul 10 pagi! Saya pasti akan mengesyorkan Omni Translations kepada orang lain.
Sijil Lahir | Australia
Sertai lebih 26,000 pelanggan yang puas hati, yang telah memilih Omni Translation sebagai penyedia terjemahan yang mereka percayai.
Dengan rekod perkhidmatan cemerlang bagi lebih 26,000+ projek terjemahan dan 1,200+ pelanggan perniagaan, anda boleh mempercayai kepakaran 23 tahun kami dalam menyampaikan hasil berkualiti tinggi untuk projek anda. Projek anda selamat dengan kami.
Projek anda akan diterjemahkan oleh pakar penterjemah berpengalaman. Kami menjamin kualiti setiap terjemahan. Semakan adalah percuma dan kami komited untuk memberikan anda pengalaman 5-bintang.
85% terjemahan disampaikan dalam tempoh 48 jam selepas menerima pesanan. Kami menjamin terjemahan yang cepat dan berkualiti tinggi. Sekiranya anda memerlukan terjemahan segera, beritahu kami dan kami akan cuba membantu sebaik mungkin.
Apabila anda menggunakan perkhidmatan terjemahan kami, semua data dan maklumat anda adalah selamat dan terjamin dengan Perjanjian Kerahsiaan yang wajib ditandatangani oleh setiap pengurus projek dan penterjemah.
Kami akan menguruskan semuanya, bermula dari sebut harga hinggalah kepada merancang projek anda, membuat baca pruf serta memformat teks anda. Hanya isikan borang sebut harga dan kami akan mula bekerja untuk anda.
Kami boleh menterjemah sebarang subjek, daripada dokumen peribadi hingga dokumen saintifik. Kami boleh menterjemah sebarang format fail, anda boleh memuat naik fail-fail anda atau e-melkan terus ke email@omni-translation.com untuk sebut harga.
Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai keperluan yang agak rumit dan anda ingin membincangkan projek anda secara peribadi.
Terjemahan kami biasanya akan disampaikan dalam format dokumen Microsoft Word (.docx) yang boleh diedit. Jika anda inginkan format lain seperti .pages, .txt, .rtf, dsb., kami boleh hasilkan. Terjemahan kami hanya melibatkan pemformatan asas. Jika anda mempunyai pemformatan yang kompleks, sila hubungi kami dan sertakan keterangan terperinci tentang keperluan anda.
Sekiranya anda memberikan fail sumber boleh edit (contohnya, Word, Excel, PowerPoint, PDF boleh edits, dsb.), kami akan dapat mengekalkan susun atur dan pemformatan asal dokumen dengan menulis ganti teks tanpa mengubah susun atur atau format.
Kami boleh menyiapkan dokumen mengandungi 900 perkataan dalam masa 24 jam atau kurang, namun, sila ambil maklum bahawa setiap pesanan adalah berdasarkan “tiba dahulu layan dahulu” dan hanya selepas kami menerima pengesahan atau bila bayaran telah dibuat. Masa siap meningkat apabila jumlah perkataan bertambah. Anggaran masa siap akan diberikan semasa pertanyaan dibuat dan pada sebut harga.
Ya, boleh. Sila hantarkan dokumen tersebut dan minta sebut harga. Kami akan berikan kiraan jumlah perkataan berserta anggaran masa siap dan jumlah bayaran.
Kami hanya menggunakan 100% terjemahan manusia yang dijalankan oleh penterjemah profesional. Para penterjemah kami berpangkalan di seluruh dunia dan biasanya mempunyai minimum 10 tahun pengalaman sebagai penterjemah profesional. Kebanyakan mereka memiliki pelbagai sijil akreditasi dan perakuan, tetapi ini berbeza-beza bagi setiap penterjemah kerana tiada satu standard akreditasi atau perakuan bagi penterjemah di seluruh dunia.s
Terjemahan Diperakui biasanya hanya diperlukan untuk dokumen rasmi seperti Sijil Lahir, Sijil Kahwin, Transkrip, keputusan akademik, dsb.
Sekiranya terjemahan anda perlu diperakui, sila maklumkan tentang kemana dokumen yang telah diterjemahkan itu akan dihantar kerana setiap negara mempunyai keperluan/peraturan yang berbeza.
Anda boleh meminta Terjemahan Diperakui melalui borang kami atau dengan memaklumkan kepada pasukan kami semasa anda menghubungi kami.
Bayaran berbeza bergantung kepada panjang, tahap kesukaran dan format teks anda. Sebagai contoh, pada masa sekarang purata bayaran kami adalah lebih kurang RM0.45 bagi setiap perkataan sumber (lebih kurang RM120 setiap halaman standard). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pengurus projek kami melalui emel.
Anda boleh menghantarkan fail anda melalui borang hubungan atau email, dan pengurus projek kami akan menghubungi anda secepat mungkin dengan sebut harga.
Tiada saiz pesanan minimum. Walau bagaimanapun, kami akan mengenakan caj minimum untuk 300 perkataan sebagai bayaran permulaan bagi menampung kos pengurusan dan pengeluaran kami.
Untuk semua pelanggan baharu, kerja hanya akan bermula setelah bayaran separuh atau penuh dibuat. Bagi pelanggan berulang, kami boleh menawarkan pilihan pengebilan bulanan atau kredit 30 hari.
Kami yakin dengan bayaran rendah kami, kerana itu kami menawarkan Jaminan padanan hargajika terdapat bayaran lebih rendah daripada mana-mana agensi terjemahan terkemuka lain di Malaysia, kami akan padankan sebut harga tersebut.
Hantarkan dokumen/butiran anda untuk sebut harga atau berikan butiran hubungan anda dan ahli pasukan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.
© 2023 Hak Cipta Terpelihara